2 keping isi ayam dipotong kecil2
1/2 biji bawang holland dicincang halus
1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
1/2 batang daun saderi didadu kecil
1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
1 biji cili merah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2 biji telur ayam
Cara menyediakan telur bungkus:
- Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
- Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
- Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
- Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
- Taburkan secubit garam jika perlu
- Sebelum diangkat bolehla ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
- Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
- Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
- Letak kan inti ditengah2 dan bungkuskan telur tersebut
- Biarkan telur garing seketika dan bolehla di terbalik kan ke dalam pinggan.